K  a  e  d  a  h
Memahami Hadis-hadis 
M u s y k i l .

Hafiz Firdaus Abdullah

 
 

Sains :: Perubatan :: Wanita :: Logika & Agama :: Akhir Zaman

Pengenalan || Contoh 1 || Contoh 2 || Contoh 3 || contoh 4 

 

E: HADIS-HADIS MUSYKIL TENTANG AKHIR ZAMAN.

Contoh no: 2

Umat terbaik hanyalah pada 3 kurun pertama.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya.

Kemudian baginda menyambung:

Kemudian akan ada selepas mereka kaum yang bersaksi tanpa diminta menjadi saksi, yang akan mengkhianat dan tidak beramanah, yang berjanji tetapi tidak memenuhinya dan kegemukan (sifat tamak) akan kelihatan pada mereka. [1]

Kemusykilan:

Adakah dengan hadis ini bererti bahawa selepas 3 kurun yang pertama tersebut, umat Islam tidak lagi baik, sepertimana sifat-sifat tercela yang diramalkan oleh Rasulullah terhadap mereka ?

Penjelasan:

Hadis di atas bukanlah bertujuan menghadkan umat Islam yang terbaik kepada 3 kurun yang pertama sahaja. Ia sebenarnya bertujuan untuk menjadikan umat Islam pada 3 kurun tersebut sebagai contoh dan modal ikutan umat-umat Islam seterusnya. Ia bertujuan menjadikan keteguhan iman dan taqwa, ketinggian ilmu, kekuatan jamaah dan keperkasaan ketenteraan mereka sebagai contoh bagi umat Islam yang akan datang. Hal ini sepertimana yang dianjurkan sendiri oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firman-Nya:

 

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan, Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100]

Adapun sifat-sifat tercela yang akan berlaku selepas masa 3 kurun yang pertama, ia bukanlah ramalan yang menetapkan tetapi adalah peringatan agar umat sentiasa berhati-hati dengan pelbagai sikap sebahagian manusia yang akan datang, di mana mereka akan berpura-pura menjadi umat Islam padahal sifat mereka adalah sangat jauh daripada sifat orang mukmin yang sejati.


 

[1]              Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, di atas adalah dengan lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 3650. (Kitab Fadhilat Sahabat).

 

 
 

Kata Pengantar :: Isi Kandungan :: Kata Penutup :: Indek Hadis