Sebenarnya tiada nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis
yang mengharamkan orang Muslim mengucap tahniah dan
menghadiri perayaan bukan Muslim. Tetapi orang Muslim yang
berfikiran tertutup termasuk yang menjadi ulama mempunyai
banyak sebab membolehkan mereka mengharamkan perkara itu.
Salah satu sebabnya seperti disebut forumner di atas,
iaitu kerana orang Kristian didakwa syirik, maka kita
mengucap tahniah kepada orang Kristian dan menghadiri majlis
Krismas mereka dianggap menjadi syirik yang dosa lebih besar
dari menyuruh orang berzina, minum arak, membuka aurat, main
judi, membunuh dan sebagainya.
Dia lupa bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memberi penghormatan
kepada mayat bukan Muslim, Allah membenarkan orang Muslim
makan dan kahwin dengan wanita Ahli Kitab dan sebagainya.
Di atas
adalah nukilan daripada kata-kata Astora Jabat dalam ruangan
Bicara Agama, Mingguan Malaysia pada 26 Disember
2004. Ringkasnya dalam artikel beliau yang berjudul
Ucapan selamat Hari Krismas syirik?¸Astora Jabat
berpendapat dibolehkan mengucapkan Merry Christmas
kepada orang-orang beragama Kristian. Dalilnya adalah,
seperti biasa, tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an
dan as-Sunnah yang melarang orang Islam mengucapkan Merry
Christmas kepada orang Kristian.
Sememangnya sudah tidak asing lagi bagi kita semua bahawa
antara bentuk dalil yang masyhur di sisi Astora Jabat dan
lain-lain tokoh Islam Liberal dalam menegakkan
sesuatu fahaman mereka ialah “tidak ada nas yang jelas”.
Kemudian mereka mencari apa sahaja penguat yang lain untuk
mendukung fahaman tersebut. Semua ini seolah-olah Islam
adalah satu agama vakum yang boleh dipenuhi oleh apa sahaja
yang dikehendaki oleh seseorang.
Sampai-sampai kita boleh umpamakan, berlaku satu kes ragut
beg tangan di hadapan orang ramai. Salah seorang daripada
orang yang menyaksikan kes tersebut berkata:
“Selamat
meragut beg tangan, tahniah!”.
Lalu
orang ramai menegur: “Kenapa anda mengucapkan tahniah kepada
peragut itu?”
Orang itu
menjawab: “Tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan
as-Sunnah yang melarang kita daripada mengucapkan tahniah
kepada seorang peragut. Adakah kalian lupa bahawa mungkin
dia kelaparan dan inginkan wang untuk membeli makanan?
Adakah kalian lupa bahawa dia mungkin rindu kepada
kawan-kawannya dan ingin menggunakan talifon bimbit dalam
beg tangan untuk menalifon mereka?”
Penulis
yakin ramai pembaca yang akan menolak perumpamaan di atas.
Ini kerana meragut beg tangan adalah perbuatan mencuri yang
dilarang dalam Islam. Lebih dari itu kita tidak boleh
membenarkan satu perbuatan yang salah dengan memberikan
alasan-alasan “tujuan yang baik” di sebaliknya. Akan tetapi
inilah yang dilakukan oleh Astora Jabat. Jika benar tidak
ada nas jelas yang melarang mengucap Merry Christmas,
maka demikian juga, tidak ada nas jelas yang melarang
mengucapkan tahniah kepada peragut beg tangan. Jika ucapan
Merry Christmas boleh diperkuatkan dengan sunnah Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam yang berbuat baik kepada
sebahagian kaum Ahli Kitab, maka demikian juga, amalan
mengucapkan tahniah kepada peragut boleh diperkuatkan dengan
tujuan baik yang mendorong dia melakukan tindakan
sedemikian.
Demikianlah agama Islam menurut Astora Jabat dan lain-lain
tokoh Islam Liberal, ia adalah ruang vakum yang boleh
dipenuhi dengan apa sahaja yang dikehendaki oleh seseorang.
Sebenarnya perbincangan sama ada boleh atau tidak
mengucapkan Merry Christmas adalah sesuatu yang telah
lama dibicarakan kepada para ilmuan Islam. Insya-Allah
dalam risalah ini penulis akan cuba mengupasnya secara adil
berdasarkan petunjuk al-Qur’an, as-Sunnah dan pemikiran yang
sihat. Sebelum dimulakan, adalah penting untuk kita terlebih
dahulu memahami apa dan kenapa masyarakat Kristian menyambut
Hari Natal (Christmas Day).
Christmas Day
menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun
kelahiran anak Allah di mukabumi, iaitu Jesus. Tumpuan
tidaklah diberatkan kepada tarikh 25 Disember tetapi pada
diri Jesus itu sendiri yang telah dikorbankan oleh Allah
demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini
tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan
sambutan Christmas Day.
Apabila
penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di
enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan
pertama yang dikemukakan menyebut:
Why do we celebrate Christmas?
It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy
Father was Joseph. His real Father is God and Jesus
was God's gift to all of us!
Christmas is the celebration of the birth of Jesus.
Christians decided to celebrate this day many years after He
was born. December 25 was picked as this day, even though
it probably is not the exact day He was born. That is
not as important as the reason we celebrate Christmas.
Jesus is the reason for the season. The
season is not
just to receive gifts, get time off from
school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was
born for us...to take away our sins...so that we can be
forgiven of the bad things we do forever. This is the
greatest gift of all!
[www.godschildrenscorner.com]
Jelas
Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara,
pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan
Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa
manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi
tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak
Allah.
Apakah
pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak?
Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.
Pertama,
Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau
memiliki anak. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang
hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan,
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
[al-Ikhlas 112:1-4]
Kedua,
mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang
amat berat:
Dan
mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang
besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan
(anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris
terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman
mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah)
Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.
[Maryam
19:88-92]
Ketiga,
dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada
kepercayaan Trinity yang dipegang oleh orang-orang
Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah
tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and
(3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah
dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu
melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu
mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.
Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang
pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya
kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan
janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".
Berhentilah
(daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan
bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha
Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah
menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
[an-Nisa’
4:171]
Keempat,
apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada
kepercayaan Trinity mereka sebagaimana yang dilarang
oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, Allah Subhanahu wa
Ta‘ala menghukum mereka kafir:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.”
Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan
yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang
mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari
antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
[al-Maidah 5:73]
Ayat-ayat
al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam
menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak.
Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian
yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak
Allah adalah salah satu unsur Trinity. Berpegang
kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak
diragukan lagi.
Alhamdulillah
umat
Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan
Trinity. Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut
untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang
daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam
Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita
bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut
tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong
kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Dan hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]
Termasuk dalam keumuman
perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan
orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan
menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara
yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah
Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan janganlah kamu
berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih
baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di
antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim):
“Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami
dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu;
dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan
kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri."
[al-Ankabut 29:46]
Termasuk dalam keumuman
perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan
menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya
ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan
ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf
kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka
meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat
bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas
kita.
Adapun tindakan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan
berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni
orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang
menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Allah tidak melarang kamu
daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[al-Mumtahanah 60:08]
Akan tetapi menghormati dan
berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini
orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan
dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah.
Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik
kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan jika mereka berdua
(ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku
sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka
janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan
mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman
31:15]
Jelas bahawa berbuat baik
tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa
yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik
maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana
syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan
ibubapa mereka dengan cara yang baik.
Justeru kita memang dituntut
berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi
tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada
Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam
melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan
dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat
baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak
sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan
keagamaan mereka.
Timbul persoalan seterusnya,
bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru,
rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang
menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini,
penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu
anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila
menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba
mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan
tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu
mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam?
Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin,
bukan asyik dipimpin.
Dalam kes ini, sikap kita
terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah
menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati
kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti
kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka
kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri.
Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah
untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia
dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan
kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.
Sudah tentu bahawa penjelasan
dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan
kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam
suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan
Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah
sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun
mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan
satu perkara yang tidak diingininya.
Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan
Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan
perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan
rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling
menghormati ajaran agama masing-masing.
Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud
kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan
mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi
dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat
Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang
umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.
TOP
|