Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

 

Mukaddimah

Ahl sunnah

Alam Barzakh

Manusia Di Alam Barzakh

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Mazhab Mu'tazilah

 
 
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat
Dalam Kubur:

Dalil-dalil daripada al-Qur’an.

Dalil-dalil Daripada al-Hadis
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

Al-Qur’an dan al-Hadis

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

Kandungan

 

 

 Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah 

 

          Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengakui bahawa umatnya kelak akan berpuak-puak menjadi 73 puak dan puak yang akan selamat dari azab neraka hanya satu puak, iaitu puak Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Baginda bersabda:

 

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَن أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ , قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ ؟

 قَالَ : الْجَمَاعَةُ.

Demi Allah, yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya , sesungguhnya umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Yang satu masuk Syurga, sedangkan yang 72 masuk Neraka. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapakah mereka (yang masuk Syurga itu)? Beliau menjawab: Al-Jama’ah. (Hadis riwayat Ibnu Majah, Ibn Abi ‘Ashim dan al-Lalaka‘i dengan sanad yang baik sebagaimana nilai al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 1492)

 

Ketika baginda shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang siapakah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tersebut maka baginda hanya menjawab: “Mereka yang mengikuti aku dan sahabat-sahabatku". Lebih terperinci hadis tersebut berbunyi:

 

وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً. قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.

 

Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran, semua mereka masuk Neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu yang Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani. Rujuk Shahih Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Iman, hadis no: 2641)

 

Sebelum wafat baginda shallallahu 'alaihi wasallam telah berwasiat:

 

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ

 

وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ. فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

 

Sesungguhnya orang yang hidup sepeninggalan aku akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu memegang sunnah aku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk lagi bijaksana. Berpegang teguhlah kepadanya, gigitlah dengan geraham dan hati-hati jangan sampai mengada-adakan urusan yang baru. Ini kerana setiap urusan yang baru adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah kesesatan. (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih sebagaimana nilai al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud, Kitab al-Sunnah – no: 4607).

 

Baginda shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah memuji pegangan Salaf Soleh iaitu mereka yang hidup dalam lingkungan tiga kurun pertama keIslaman. Hal ini diisyaratkan oleh baginda  di dalam sabdanya:

 

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ.

Sebaik-baik umat aku adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya. (Shahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, no: 3650)

 

 

Ciri-Ciri Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah

Adapun ciri-ciri khas akidah puak Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah: 

 

  1. Menyandarkan keyakinan mereka berdasarkan keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadis yang sahih serta akal yang sejahtera.

  2. Mendahulukan keterangan Al-Quran dan Al-Hadis jika dianggap bercanggah dengan akal fikiran, bukan sebaliknya.

  3. Mengutamakan pegangan akidah Salaf Soleh kerana merekalah yang telah mendapat pujian Rasul shallallahu 'alaihi wasallam.

 

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah