Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

 

Mukaddimah

Ahl sunnah

Alam Barzakh

Manusia Di Alam Barzakh

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Mazhab Mu'tazilah

 
 
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat
Dalam Kubur:

Dalil-dalil daripada al-Qur’an.

Dalil-dalil Daripada al-Hadis
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

Al-Qur’an dan al-Hadis

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

Kandungan

 

 

 

 

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

 

          Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan oleh mata kasar di dalam alam dunia ini tetapi kita yakini akan kewujudannya. Malah bukan saja tentang kewujudannya tetapi apa yang dirasakan oleh rohani juga dapat dirasakan oleh jasmani. Di antara contoh perkara tersebut ialah:

 

  1. Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Di antara mereka ada yang bermimpi indah. Ketika bangun jasadnya turut merasakan nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika dalam mimpi. Demikian sebaliknya bagi orang yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya tersiksa tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka yang tidur berhampiran masing-masing tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti ini tidak dapat kita ingkari hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan kejadian di alam barzakh akan lebih hebat lagi.

  2. Malaikat Jibril 'alaihissalam yang turun membawa wahyu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam bentuk seorang lelaki. Baginda dapat melihat dan mendengar ucapannya sedangkan para sahabat yang berada di sekeliling baginda tidak dapat melihat dan mendengarnya.

  3. Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.

 

 

Jahil, Sesat, Dusta

 

Berdasarkan beberapa contoh di atas nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur bukanlah suatu yang mustahil. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap , ilmu pengetahuan agama yang mencukupi dan akur akan kekuasaan Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin tentang kewujudan siksaan dan nikmat kuburan.

 

 Hanya orang jahil dan sesat serta suka mendustakan ucapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan meragukan kekuasaan Allah sahajalah yang akan mengingkari adanya azab dan nikmat kubur.

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah