Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

 

Mukaddimah

Ahl sunnah

Alam Barzakh

Manusia Di Alam Barzakh

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Mazhab Mu'tazilah

 
 
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat
Dalam Kubur:

Dalil-dalil daripada al-Qur’an.

Dalil-dalil Daripada al-Hadis
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

Al-Qur’an dan al-Hadis

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

Kandungan

 

 

 

 

Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat Dalam Kubur

 

 

Dalil-dalil Daripada al-Hadis

 

Jika direnung dengan cermat hadis-hadis yang berkaitan dengan azab dan nikmat kubur nescaya kita akan dapati bahawa hadis-hadis tersebut adalah perincian terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berhubungan dengannya. Adapun hadis-hadis tersebut, antaranya adalah:

 

Pertama:

 

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِى كَبِيْرٍ ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ

 

 يَسْتَبْرِئُ مِنَ الْبَوْلِ ، وَأَمَّا  اْلآخَرُ فَكَانَ يَمْشِى بِالنَّمِيْمَةِ . ثُمَّ دَعَا بِجَرِيْدَةٍ فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَقَالَ : لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَالمَ ْيَبِسَا .

 

Daripada Ibn Abbas radhiallahu 'anh: Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda:

 

“Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

 

Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam meminta sati pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda: “Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.” [Shahih al-Bukhari – no: 218, Shahih Muslim – no: 292]

 

 

Kedua:

 

عَنْ زَيْدٍ بْنِ ثَابِت رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: بَيْنَمَا رَسُوْلُ اللهِ فِى حَائِطٍ لِبَنِى النَّجَّارِ عَلَى بَغْلَتِهِ وَنَحْنُ مَعَهُ ، إِذْ حَادَتْ بِهِ فَكَادَتْ تَلْقِيهِ فَـإِذَا

 

 أَقْبُرٌ سِتَّةٌ أَوْ خَمْسَةٌ أَوْ أَرْبَعَةٌ. فَقَالَ: مَنْ يَعْرِفُ أَصْحَابَ هَذِهِ الْقُبُوْرِ؟ فَقَالَ رَجُلٌ: أَنَـا. قَالَ: فَمَتَى مَاتَ هَؤُلاَءِ؟ قَالَ: مَاتُوا فِى اْلإِشْرَاكِ.

 

 فَقَالَ: إِنَّ هَذِهِ اْلأُمَّةَ تُبْتَلَى فِى قُبُوْرِهَا ، فَلَوْ لاَ أَنْ تُدَافَنُوا ، لَدَعَوْتُ اللهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الَّذِى أَسْمَعُ مِنْهُ.

 

Daripada Zaid Bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia  berkata: Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan, lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam bertanya:

 

“Siapakah di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kubur ini?” Seorang lelaki menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi : “Bilakah mereka mati?” Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kubur ini) sedang disiksa di dalam kubur mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya.” [Shahih Muslim, Kitab Syurga dan sifatnya dan nikmatnya dan ahlinya, no: 2867]

 

 

Ketiga:

 

 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ اْلأَخِيْرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ:

 

 مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّـالِ.

 

Daripada Abi Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat perkara: Daripada azab Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah hidup serta mati dan daripada fitnah Dajjal.” [Shahih Muslim, Kitab Masjid, no: 588]

 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَتْ عَلَيَّ عَجُوزَانِ مِنْ عُجُزِ يَهُودِ الْمَدِينَةِ فَقَالَتَا لِي إِنَّ أَهْلَ الْقُبُورِ يُعَذَّبُونَ فِي قُبُورِهِمْ فَكَذَّبْتُهُمَا وَلَمْ أُنْعِمْ

 

 أَنْ أُصَدِّقَهُمَا. فَخَرَجَتَا وَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَجُوزَيْنِ وَذَكَرْتُ لَهُ. فَقَالَ صَدَقَتَا إِنَّهُمْ يُعَذَّبُونَ

 

 عَذَابًا تَسْمَعُهُ الْبَهَائِمُ كُلُّهَا. فَمَا رَأَيْتُهُ بَعْدُ فِي صَلاَةٍ إِلاَّ تَعَوَّذَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.

 

Daripada 'Aisyah radhiallahu 'anha katanya: Dua orang wanita tua daripada kalangan wanita tua Yahudi Madinah telah masuk menemuiku lalu berkata: “Sesungguhnya penghuni-penghuni  kubur disiksa di dalam kubur mereka.”

 

'Aisyah berkata: Aku mendustakan mereka dan tidak percaya pada awalnya. Lalu mereka keluar dan masuk pula Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemuiku maka akupun bertanya: “Ya Rasulallah! Dua orang wanita tua Yahudi….” Lalu aku ceritakan apa yang terjadi.

 

Baginda bersabda: “Benar dia (wanita Yahudi tersebut), sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar oleh semua binatang.” Aisyah berkata : Setelah peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda solat melainkan setelah itu baginda memohon perlindungan daripada siksaan kubur. [Shahih al-Bukhari, Kitab doa-doa, no: 6366]

 

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah