HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH

BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah

 

 

Kandungan

 

Maklumat Buku

 

Penulis Anda

 

 

 

 

 

 

 

 

Kata Pengantar

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Salam dan Selawat kepada Rasulullah, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan semua generasi umat Islam yang bersungguh-sungguh dalam mengikuti mereka.

 

Hadis ahad, azab kubur, aurat wanita, penurunan Nabi Isa pada akhir zaman, modernisme dan Islam Liberal, demikianlah beberapa isu yang dibangkitkan oleh segelintir pihak dalam akhbar-akhbar harian dan majalah tempatan. Semua ini dibangkitkan atas alasan kononnya ingin membuka dan mematangkan pemikiran umat.

 

Akan tetapi sejauh manakah kebenaran dan keberkesanan usaha ini? Alhamdulillah buku di tangan para pembaca sekarang ini disusun khas dalam rangka menjawab persoalan ini. Ia terdiri daripada himpunan beberapa risalah atau artikel yang dipilih khas dalam subjek-subjek di atas. Lebih istimewa, para penulis risalah-risalah ini terdiri daripada mereka yang memiliki latar belakang yang berbeza-beza, daripada para tokoh agamawan yang luas ilmunya hinggalah kepada rakan-rakan penulis yang memiliki kesedaran yang tinggi terhadap ilmu-ilmu Islam dan kewajipan untuk menegakkannya.

 

Semoga buku ini membawa manfaat yang besar kepada para pembaca sekalian. Malah diharapkan buku ini dapat menyedarkan kepada para pembaca sekalian tentang siapakah yang sebenarnya yang perlu dibuka dan dimatangkan fikiran mereka.

 

Atas tujuan dakwah serta amar ma’ruf dan nahi mungkar, dialu-alukan agar buku ini disebarkan kepada umat seluruhnya agar sama-sama dapat kita peroleh manfaat daripadanya. Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmati segala usaha kita. Juga didoakan agar Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi ganjaran yang sebaik-baiknya kepada para penyumbang artikel, juga kepada pihak Majalah i (www.karangkraf.com.my) yang mengizinkan beberapa artikel mereka untuk dikemukakan dalam buku ini. Tidak ketinggalan ialah kepada isteri penulis – Maryati bt Mat Nasir – yang telah bekerja keras untuk menyunting dan menyemak artikel-artikel yang ada dalam buku ini.

 

Wassalamu‘alaikum waRahmatullahi waBarakatuh.

 

Hafiz Firdaus bin Abdullah
       15 Julai 2004