Penulis anda, Hafiz Firdaus bin Abdullah lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1971 dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di St. John’s Institution, Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1989 beliau menyertai Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) sebagai seorang juruterbang.

 

Sejak awal beliau memiliki minat yang besar dalam ilmu-ilmu agama. Kerjayanya sebagai juruterbang memberi banyak kelebihan (advantage) bagi beliau untuk memahami agama dari perspektif yang lebih luas. Pada waktu yang sama beliau juga dapat menimba ilmu daripada pelbagai tokoh dan sumber di serata dunia.

 

Hafiz Firdaus mula menulis sejak tahun 1999. Manhaj beliau ialah mengkaji sesuatu topik daripada sumber khazanah ilmu tokoh-tokoh terdahulu lalu menyusun dan menyampaikannya dalam bentuk yang mudah lagi relevan dengan isu-isu terkini.

 

Alhamdulillah buku-buku Hafiz Firdaus mendapat sambutan yang baik di Malaysia dan negara-negara jiran.

 

Ringkasnya, sesiapa jua yang memiliki manhaj mengkaji dan menganalisa dalam berinteraksi dengan ilmu-ilmu agama akan mendapati buku-buku Hafiz Firdaus sebagai sumber kajian dan analisa yang sesuai untuk mereka.