Mutiara Doa: Doa Mendirikan Solat.

 

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, demikian juga zuriatku. 
Wahai Tuhanku! Perkenankanlah doaku (ini).
Beberapa pengajaran doa:
  • Di atas merupakan doa Nabi Ibrahim AS yang Allah SWT rakamkan dalam al-Qur’an, surah Ibrahim ayat 40.
  • Solat merupakan ibadah yang penting dalam Islam. Namun masih ramai umat Islam yang mengabaikannya atau tidak berdisiplin mendirikannya lima kali sehari.
  • Dibolehkan, malah dianjurkan bagi kita berdoa kepada Allah agar diberikan kemudahan, kerajinan dan ilmu untuk beribadah kepada-Nya. Ibadah ini tidak terbatas kepada solat tetapi merangkumi semua lain umpama wudhu’, puasa, zakat, membaca al-Qur’an, berzikir, haji dan umrah.
  • Sama ada sudah berkeluarga atau belum, dianjurkan agar berdoa untuk zuriat juga agar mereka menjadi orang-orang yang berdisiplin mendirikan solat.