Mutiara Doa: Doa Berbuka Puasa.

 

“Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, insya-Allah.”

[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2066]

Beberapa pengajaran doa:

1.     Apabila Rasulullah berbuka puasa, beliau membaca doa di atas. Maka ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika hendak berbuka.

2.     Apabila sudah bersiap sedia di hadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan doa yang ringkas di atas.

3.     Doa ini dibaca secara berseorang, masing-masing membacanya sendirian. Ia tidak dibaca beramai-ramai di kalangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa mengangkat tangan.