Soalan:

Saya ada al-Qur’an lama yang tidak digunakan, sebab ada naskah yang baru. Apa yang patut saya buat?

Rabiah, Rantau Panjang, Kelantan.

 

Jawapan:

Jika naskah yang lama itu masih boleh digunakan, hadiahkan kepada orang yang memerlukannya. Jika sudah tidak dapat digunakan, masukkan dalam mesin paper shredder kemudian kitar semula kertas tersebut. Pilihan lain ialah membakarnya, namun ini tidak menjadi pilihan saya kerana tidak mesra alam sekitar.