Soalan:

Apakah hukum bagi solat orang tidak sedarkan diri? Ini kerana saya pernah mengalaminya. Saya diserang sakit sawan ketika sedang solat hinggalah selesai solat. Adakah ia sah atau tidak?

 

Jawapan:

Antara syarat sah solat ialah ia dilaksanakan oleh orang yang siuman lagi berakal. Solat tidak diwajibkan kepada orang yang gila, pengsan, koma dan sebagainya. Jika anda sedang solat lalu diserang sakit sawan, anda tidak perlu meneruskan solat itu. Jika sembuh dan masih di dalam waktu solat, hendaklah anda melaksanakannya semula, sepenuhnya. Namun jika waktu solat sudah berakhir, anda dimaafkan dan tidak perlu menggantikannya.