Soalan:

Saya mempunyai kawan lelaki yang suka bersolek, mengalahkan perempuan. Dia suka meminta pandangan saya untuk membeli alat-alat solek. Jika saya memberikan pandangan, adakah saya berdosa? Mohon penjelasan dari Ustaz.

Syikim, Alor Gajah, Melaka.

 

Jawapan:

Seorang lelaki hendaklah menonjolkan ciri-ciri kelelakiannya melalui rupa dan penampilan. Seorang lelaki tidak boleh meniru atau menyerupai ciri-ciri perempuan kerana ia menyalahi ketetapan Allah untuk menciptanya sebagai seorang lelali. Oleh kerana itulah Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Shahih al-Bukhari, no: 5546).

Maka anda hendaklah menegur dan menasihati kawan lelaki tersebut dan jangan bersubahat dalam tindakannya untuk membeli alat solek mahu pun bersolek.