Soalan:
Bolehkah mengambil wudhu’ dalam keadaan telanjang?

Rina, Pulau Pinang.

Jawapan:
Jika dirujuk dalam al-Qur’an, al-Sunnah dan kitab-kitab fiqh para ulama’ muktabar, tidak ditemui bahawa menutup aurat dijadikan syarat sah wudhu’. Demikian juga, mendedahkan aurat tidak dijadikan syarat pembatal wudhu’.

Oleh itu boleh berwudhu’ dalam keadaan tidak menutup aurat dan wudhu’ itu adalah sah. Namun kebolehan ini hanyalah dalam tempat yang tertutup seperti bilik mandi persendirian. Adapun di tempat umum, maka hendaklah menutup aurat. Jika aurat sengaja dibiarkan terbuka, maka anda berdosa kerana membuka aurat di khalayak ramai meskipun wudhu’ anda tetap sah.