Dalam buku Panduan Solat sunat Cara Nabi S.A.W, bab 'Solat Witr', dalam dalil disyari'atkan qunut pada solat witr, terdapat kesilapan pada tertib lafaz dan terjemahan do'a qunut seperti berikut:


عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

هَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ فِي الْوِتْرِ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ

وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ

فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

M 

Maksudnya: 

Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali radhiallahu’ anh, bahawa dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat Witir, iaitu Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan, Selamatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang telah Engkau pelihara. Berikanlah berkat dalam segala sesuatu yang telah Engkau berikan. Hindarkanlah diriku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. Dan semoga Allah tetap memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 426.

 

M

Lafaz dan terjemahan yang betul seperti berikut:

عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

هَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ فِي الْوِتْرِ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ

وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ 

وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ) تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ)

M 

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali radhiallahu’ anh, bahawa dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat Witir, iaitu Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan, Selamatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang telah Engkau pelihara. Berikanlah berkat dalam segala sesuatu yang telah Engkau berikan. Hindarkanlah diriku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi (dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi). Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. Dan semoga Allah tetap memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 426. (tambahan dari riwayat Abu Daud, Kitab al-Solat, no: 1214)

M

# Edisi e-buku telah diperbetulkan.