Soalan : 

Apakah antara bahagian dosa-dosa kecil dan apakah amalan yang dapat kita lakukan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil tersebut?

 

Jawapan:

Di antara dosa-dosa ada yang besar dan ada yang kecil, namun sikap yang benar ialah menjauhi semua dosa baik besar mahupun kecil. Orang yang memandang ringan dosa kecil lambat laun akan terjebak ke dalam dosa besar jua. 

Bagi menghapuskan dosa kecil, maka amal-amal shalih yang kita lakukan dapat menghapuskannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya amal-amal kebajikan menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” [Hud 11:114]