Soalan:

Apakah kematian seseorang yang disebabkan membunuh diri atau dibunuh termasuk ketentuan azali seperti mana orang mati biasa?

Nurul Syuhada, Machang, Kelantan.

 

Jawapan:

Ya, semua ajal kematian seseorang – apa jua cara kematiannya – telah ditentukan oleh Allah. Allaf berfirman: Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal…[al-An’aam 6:02]

Hanya sahaja, kita tidak tahu bila dan bagaimana ajal yang telah Allah tentukan kepada kita. Kita tidak dituntut untuk mencari jawapannya. Apa yang dituntut ke atas kita ialah berusaha mati dalam Islam, dalam keadaan mentauhidkan Allah dan dalam keadaan redha atas ketentuan Allah. Justeru tidak boleh membunuh diri kerana ia menunjukkan seseorang itu tidak redha dengan ujian-ujian yang Allah berikan kepadanya. Tidak boleh juga sengaja membiarkan diri sendiri dibunuh oleh orang lain kerana Islam mewajibkan setiap orang membela dirinya daripada kezaliman. Lebih lanjut sila mengkaji buku saya 47 Persoalan Qadar dan Qadha.