Soalan:

Apakah binatang yang ditembak halal untuk kita makan sebelum ia disembelih? Atau adakah itu dikira sebagai bangkai?

Syafarina, Kapar, Klang.

 

Jawapan:

Binatang yang ditembak halal untuk dimakan meskipun ia mati sebelum disembelih dengan syarat telah membaca Basmalah sebelum ditembak. Ini diqiyaskan kepada binatang yang mati kerana ditangkap dan dibunuh oleh binatang buruan yang terlatih. Firman Allah: Oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang buruan) tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisab-Nya. [al-Maidah 5:04]

Namun jika ditembak dengan membaca Basmalah dan selepas tembakan didapati binatang itu masih hidup, hendaklah ia disembelih terlebih dahulu. Jika selepas tembakan binatang itu masih hidup dan anda tidak menyembelihnya, lalu ia mati beberapa ketika kemudian, maka ia tidak halal untuk dimakan.