Berdosakah membaca ayat pengasih kepada kekasih atau bekas kekasih, sedangkan ayat itu asalnya diberikan oleh seorang ustaz khusus untuk suami isteri?

Norhayati Ahmad, Sintok, Kedah.

 

Jawapan:

Tidak ada ayat pengasih di dalam al-Qur’an dan ia tidak pernah diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mengamalkan ayat pengasih kepada siapa jua, termasuklah antara suami dan isteri, adalah penyalahgunaan al-Qur’an. Oleh itu jauhilah ia.

Seperkara lain yang tidak kurang pentingnya, jangan ada “kekasih” sebelum perkahwinan. Ini kerana kasih sayang dan cinta di antara boyfriend dan girlfriend akan membuka jalan kepada banyak perkara-perkara yang dilarang oleh agama.