Soalan: 

Apakah hukumnya dan apakah tidak berdosa bagi seorang ibu yang asyik menuduh dan menghina anaknya sendiri semata-mata kerana ibu berpegang kepada konsep ‘syurga terletak di bawah telapak kaki ibu’?

Siti, Negeri Sembilan.

 

Jawapan:

Daripada bertanya hukum dan dosa, lebih baik bertanya apakah yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk menasihati ibunya yang bersikap seperti di atas. Islam adalah agama nasihat dan orang yang tidak rugi ialah mereka yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran. Oleh itu berusahalah mencari jalan mendekati ibu dan nasihatilah beliau dengan penuh kedekatan, kasih sayang dan hikmah.