Soalan:

Adakah wanita di dalam syurga nanti akan menutup wajah mereka dengan purdah dan bolehkah mereka melihat Rasulullah serta memberi salam kepada baginda?

Sarah Umairah, Tanjung Karang, Selangor.

 

Jawapan:

Setakat ini saya tidak mengetahui dalil al-Qur’an mahupun al-Sunnah berkenaan aurat wanita ketika di dalam syurga. Oleh itu saya menahan diri daripada menjawabnya. Namun apa yang pasti, menutup aurat ketika di dunia merupakan salah satu jalan ke syurga.

Jika sudah masuk syurga, kita boleh minta apa sahaja yang dikehendaki termasuklah meminta untuk jumpa dan bersalaman dengan Rasulullah. Allah berfirman: Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki. [Yasin 36:57]