Assalamualaikum wbt


Seorang rakan menasihati saya, seraya berkata:

"Jangan engkau jadi seperti orang yang membunuh 3 khalifah Ar-Rasyid! Mereka juga berfikir macam engkau....ingin membetulkan kesalahan pemimpin."

Adakah benar bahawa para pembunuh (ketiga-tiga Khalifah) itu berniat baik (i.e. membetulkan kesalahan pemimpin) dan apakah salah yang ingin diperbetulkan. Hamba yang dhoif lagi hina ini memohon agar sudi kiranya akhi-akhi sekalian dapat berikan sedikit ilmu.


Jazakaullahu Khairan Khatira dan Wassalam.

-----------------


Jawab THTL:

Wa 'alaikumsalam wbt


Dalam Islam, "Addeen an Nasihah" itu tidak sampai ke tahap nasihat dan membetulkan orang lain dengan membunuh. Ini kerana hak untuk mengambil nyawa orang lain adalah hak mutlak Allah swt . Tidak ada suatu hukum dalam Islam membolehkan dibunuh pemimpin atas alasan niat baik membetulkan kesalahan pemimpin itu. Ini adalah suatu pendapat yang batil, apatah lagi khulafa' ar-Rasyidin, mereka yg dijanjikan syurga, orang yg pertama dan utama dalam menerima islam. Mereka yg membunuh khalifah yang rasyid ini telah menempah tiket ke Neraka.
Joomla SEF URLs by Artio