| Koleksi Baru Pustaka Indonesia 2 |
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Saturday, 25 August 2007 | ||||
|
Bersambung kita dengan ulasan beberapa lagi buah buku terbaru di Pustaka Indonesia. Kali ini saya mengulas ringkas beberapa buku yang ada kaitannya dengan bulan Ramadhan ini. [7] Hadis-hadis Palsu Seputar Ramadhan.
Pengarang: Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub. Tokoh hadis terkini Indonesia kembali dengan sebuah lagi bukunya yang menarik berkaitan ilmu hadis, kali ini membahas beberapa hadis yang masyhur berkenaan bulan Ramadhan tetapi memiliki darjat sanad yang sangat lemah atau palsu. Termasuk yang menarik ialah perbahasan beliau ke atas pendapat Syaikh al-Albani yang menghadkan Solat Terawih kepada 8+3 rakaat. Dr. Ali Mustafa berpegang kepada pendapat bahawa Solat Terawih tidak memiliki had rakaat yang minima atau maksima (sebagaimana Ibn Taimiyyah). [8] Adab & Keutamaan Menuju Masjid dan Di Masjid (edisi terjemahan).
Pengarang: Syaikh Said bin Ali bin Wahf al-Qathani Alhamdulillah sempena Ramadhan ini ramai yang mengunjingi masjid menunaikan solat secara berjemaah. Akan tetapi perlu diketahui bahawa terdapat beberapa adab dalam mengunjungi masjid dan mendirikan solat secara berjamaah. Buku kecil ini sangat bermanfaat untuk membantu kita dalam hal ini. Semoga kerajinan kita ke masjid berterusan sekalipun di luar bulan Ramadhan. [9] Bahaya Lidah: Penyakit Lisan & Terapinya (edisi terjemahan).
Pengarang: Syaikh Said bin Ali bin Wahf al-Qathani
Antara akhlak mulia yang kita disiplinkan diri kita dalam bulan yang mulia ini ialah menjaga percakapan [10] Hukum-hukum Wanita Hamil (edisi terjemahan).
Pengarang: Syaikh Yahya Abdurrahman al-Khatib (tesis PHD)
Tidak dinafikan bahawa wanita yang hamil memiliki banyak keistimewaan dari sudut hukum fiqh. Tidak Ia juga mempraktikkan konsep fiqh muqaran (perbandingan mazhab) yang tidak mengenal dinding pemisah antara mazhab-mazhab. Maka secara tidak langsung buku ini akan membuka lembaran baru kepada si ibu dan bapa – menyambut anak yang baru dengan konsep fiqh Islam yang juga baru. Insya-Allah bersambung, wassalam. Add as favourites (196) | Quote this article on your site | Views: 5136
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||