Soalan:

Ada pendapat mengatakan bahawa rambut yang telah digunting perlu ditanam. Apa pandangan ustaz mengenai perkara ini?

Jue Azizah, Pontian, Johor.

 

Jawapan:

Demikian adalah pendapat kebiasaan masyarakat kita. Ada juga menambah, rambut dan kuku yang dipotong perlu dibasuh terlebih dahulu jika sedang haid. Adapun di dalam Islam, tidak ada hukum khusus tentang cara membuang rambut atau kuku, baik ketika suci ataupun ketika haid. Ia adalah bahan buangan manusia yang boleh dibuang seperti biasa.