Soalan: 

Adakah benar pemakaian gincu akan menyebabkan puasa terbatal? Bagaimana sekiranya menyapu pelembap bibir?

Adlina Adnan, Batang Kali, Selangor.

 

Jawapan:

Tidak benar. Penggunakan gincu, pelembab bibir atau apa-apa lain yang dimasukkan ke dalam mulut seperti berus gigi dan pencungkil gigi tidak membatalkan puasa. Perkara yang membatalkan puasa hanya makan, minum dan seks antara suami isteri. Bahkan jika sekadar merasa masakan kemudian diludah keluar, ia tidak membatalkan puasa. Lebih lanjut, sila rujuk buku saya Amalan-Amalan Di Bulan Ramdhan.

Pun begitu dalam soalan ini ada satu aspek lain yang patut ditekankan, iaitu hukum memakai gincu. Gincu ialah satu bentuk solekan (tabaruj) dan Islam melarang wanita bersolek kecuali untuk suaminya. Oleh itu meskipun memakai gincu tidak membatalkan puasa, seorang muslimat yang bertaqwa kepada Allah tidak akan bersolek kecuali untuk suaminya.