Soalan: 

Saya gemar menonton cerita Korea sehingga menjadikan mereka sebagai idola. Adakah berdosa ustaz?

Atirah, Perak.

 

Jawapan:

Pada asalnya menjadikan artis, baik pelakon atau penyanyi, sebagai idola tidaklah salah. Namun secara bertahap-tahap ia akan menyebabkan pengurangan pahala sehingga berakhir kepada dosa. Contohnya, peminat akan ternanti-nanti waktu siaran idola mereka di TV sehingga lewat mendirikan solat-solat fardhu. Peminat akan juga sering mengingati idola mereka padahal yang sepatutnya sering diingati ialah Allah (berzikir kepada Allah). Semua ini merupakan perbuatan yang mengurangi amal-amal soleh (pahala), padahal kita sepatutnya berlumba-lumba memperbanyakkannya.

Perbuatan ini boleh berkembang kepada mencari gambar-gambar idola di internet sehingga melihat aurat yang sebenarnya haram untuk dilihat. Di sinilah dia mula melakukan perbuatan dosa. Oleh itu yang terbaik ialah tidak memiliki idola kerana ia membuka pelbagai pintu kepada pengurangan pahala sehingga berakhir kepada dosa.