Soalan: 

Apa hukumnya memakai kanta lekap yang berwarna? Bolehkah ia dibawa untuk solat?

Ainina Ahmad, Pontian Johor.

 

Jawapan:

Apajua kanta lekap yang digunakan, ia tidak memberi pengaruh kepada hukum solat. Ertinya boleh dipakai ketika mengambil wudhu’ dan melaksanakan solat. Soalan yang lebih patut ditanya ialah apakah kanta lekap bewarna termasuk berhias (tabaruj) yang dilarang oleh Islam?

Jawapannya ya. Ini kerana warna mata yang lazim bagi kita di Nusantara ini ialah hitam atau coklat-hitam. Apabila memakai kanta lekap berwarna umpama biru atau hijau, ia adalah perhiasan yang tentu akan menarik perhatian orang lain khasnya lelaki yang tidak halal baginya.

Oleh itu tidak boleh memakai kanta lekap bewarna. Memadailah dengan kanta lekap biasa dan bersyukur dengan kecantikan asal yang Allah berikan.