Soalan:

Saya pernah meminjamkan sejumlah duit kepada kawan. Namun kini hampir setahun lebih, dia memungkiri janji dan hilang begitu saja. Apa yang patut saya lakukan?

Lia, Terengganu.

 

Jawapan:

Kita bersangka baik bahawa kawan itu dalam kesulitan untuk membayar hutang. Maka apa yang boleh dilakukan ialah memberikan ruang yang lebih untuk dia membayar hutang atau terus menghalalkannya.

Hadis berikut menjadi rujukan: Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah: “Aku sedang dalam kesulitan!” Maka berkata Abu Qatadah: “Demi Allah?” “(Ya), Demi Allah!”

Abu Qatadah lantas berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda, Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada Hari Kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan (untuk membayar hutang) atau membebaskannya dari hutang.” [Shahih Muslim, no: 2923/1563]