Soalan:

Apakah hukumnya jika kita menulis ayat al-Quran dengan menggunakan tulisan rumi, terutama bagi mereka yang tidak tahu membaca al-Quran?

Ida Safina, Johor Bahru.

 

Jawapan:

Tidak boleh kerana tulisan Rumi tidak dapat mewakili sebutan dan hukum-hukum tajwid ayat-ayat al-Qur’an. Bahkan membaca al-Qur’an dalam tulisan Rumi boleh mengakibatkan perubahan maksudnya. Bagi yang tidak tahu membaca al-Qur’an, hendaklah berusaha bersungguh-sungguh belajar sambil memohon pertolongan Allah. Amatlah menghairankan apabila manusia boleh mencapai pelbagai kemajuan diri dalam urusan dunia, tetapi tidak boleh memajukan diri dalam membaca al-Qur’an.