Soalan

Bolehkah lelaki dan wanita berbual-bual melalui talifon kerana saya pernah mendengar hadis yang menyatakan suara wanita adalah aurat.

Nawwal, Simpang Empat, Pulau Pinang.

Jawapan: Hadis tersebut tidak sahih dan tidak boleh dijadikan sumber hukum. Sebaliknya kita memiliki contoh daripada para isteri Nabi s.a.w. yang berbicara dan mengajar agama kepada kaum lelaki. Seandainya suara wanita adalah aurat, nescaya mereka tidak akan melakukannya. Justeru boleh berbicara di antara lelaki dan wanita asalkan dijaga batas-batasnya kerana dibimbangi ia berlanjutan kepada sesuatu perbuatan yang diharamkan.