Soalan:
Bolehkah seseorang itu makan makanan orang lain yang tertinggal di rumahnya, kerana jika tidak makanan itu akan rosak. Orang yang berkenaan tidak dapat dihubungi.

Fauziah, Teluk Intan, Perak.

Jawapan:
Hukum asal bagi barang temuan adalah ia tidak boleh diambil menjadi hak miliknya. Orang yang menemuinya hendaklah mengumumkan barang itu selama setahun di tempat-tempat awam. Selama tempoh itu dan selepasnya, barang itu hendaklah dijaga sebagai amanah serta boleh digunakan dengan syarat tidak sengaja mengurangi ciri asalnya.

Jika barang temuan itu secara pasti akan rosak sementara tuannya tidak kembali, maka ia masuk dalam kategori barang temuan yang tidak bernilai. Bagi barang ini, seperti makanan, ia boleh dimanfaatkan oleh orang yang menemuinya. Rasulullah s.a.w. pernah menemui buah kurma di jalanan. Baginda ingin memakannya tetapi ditinggalkan untuk orang lain [Shahih Muslim, no: 1071] Ini menunjukkan boleh memanfaatkan barang temuan yang mudah rosak.