Soalan:
Setiap hujung tahun di sekolah saya ada barang-barang yang ditinggalkan oleh pelajar tahun akhir. Para pekerja sekolah menjadi saksi bahawa ia memang ditinggalkan. Bolehkan saya mengambilnya?

Zarina, Ipoh, Perak.


Jawapan:

Jika benar ia ditinggalkan, maka boleh mengambilnya untuk memanfaatkannya. Ini kerana jika dibiarkan saja maka tentu berlaku pembaziran. Larangan hanyalah terhadap barang-barang yang memiliki pemilik, atau tidak pasti sama ada ia memiliki pemilik. Dalam kes ini hendaklah barang-barang itu diumumkan penemuannya sementara penemunya menjaga ia selama setahun. Jika selepas setahun tiada siapa yang menuntutnya, bolehlah penemu memanfaatkannya.