Soalan:
Bagaimana cara membayar hutang jika pemiutang sudah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan?

Azizah, Bentong, Pahang.


Jawapan:

Hutang itu dibayar kepada waris pemiutang, di mana waris akan membahagikannya kepada ahli-ahli waris yang lain mengikut kaedah faraid. Jika pemiutang tidak dapat dikesan, maka hukumnya umpama barang temuan, iaitu diumumkan selama setahun. Jika selepas setahun tidak ada penuntutnya, maka hutang itu digunakan untuk manfaat masyarakat setempat.