Soalan:

Adakah kita diwajibkan mengeluarkan zakat barang kemas yang lazim dipakai, serta adakah pengeluaran zakat ini setiap tahun atau bagaimana?

 

Zuriena, Muar, Johor.

 

Jawapan:

Ya, wajib mengeluar zakat barang kemas, lebih tepat zakat perhiasan emas dan perak. Ini berdasarkan firman Allah: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Taubah 9:34]

 

Barang kemas yang diperbuat dari emas dan lazim dipakai perlu dikeluarkan zakatnya apabila beratnya melebihi nilai tertentu. Zakat ini juga perlu dibayar pada setiap tahun. Bagi mengetahui nilai yang mewajibkan zakat perhiasan emas yang lazim dipakai, sila rujuk kepada Lembaga Zakat negeri masing-masing.