Soalan:

Saya ingin bertanya, sekiranya kita telah bertaubat, terlepaskah kita daripada menerima seksa atau azab kubur?

Siti Saleha Kadir, Senawang, Negeri Sembilan.

 

 

Jawapan:

Seksa kubur atau tidak, balasan syurga atau neraka, bukanlah ditentukan oleh saya atau sesiapa lain. Ia adalah hak mutlak Allah, sesuai dengan ilmu, keadilan dan rahmat-Nya. Namun apa yang penting bagi kita ialah terus bertaubat dan tidak putus asa terhadap rahmat dan keampunan Allah. Allah menyatakan:

Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan dosa besar), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Zumar 39:53-54]