Soalan:

Saya tinggal sebilik dengan perempuan lesbian. Hampir setiap malam dia akan tidur bersama pasangannya. Oleh kerana tidak tahan, saya menumpang tidur di bilik lain. Adakah perbuatan saya itu menggalakkan lagi perbuatan mereka?

Hana Izzati, Tampin, Negeri Sembilan.

 

Jawapan:

Apa yang saudari lakukan adalah betul. Ini kerana apabila kita berhadapan dengan kemungkaran seperti perbuatan lesbian lalu tidak mampu untuk menahan dengan tangan atau menegur dengan lisan, kita menjauhkan diri sebagai bukti kebencian terhadapnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman. [Shahih Muslim, no: 70/49]

Pun begitu, hendaklah cuba mencari jalan untuk menasihati rakan terbabit. Ajaklah dia berjumpa dengan kaunselor atau sesiapa yang diyakini dapat membantu.