Soalan:

Apakah hukumnya seorang anak melarang ibunya dari berkahwin lain kerana bakal ayah tirinya itu adalah suami orang?

Wahidah Asri, Batu Pahat, Johor.

 

Jawapan:

Islam menghalalkan poligami selagi mana ia menepati syarat-syaratnya. Oleh itu dibolehkan dan dihalalkan bagi ibu tersebut menikahi lelaki yang sudah beristeri. Sebagai anak, janganlah melarang tindakan ibu. Sebaliknya berpesanlah kepada bakal ayah tiri agar dia menjaga keluarga ibu tersebut dan keluarganya yang sedia ada sebaik mungkin. Lebih lanjut, sila rujuk buku saya 202 Pelajaran Berkenaan Poligami.