Soalan:

Apakah menjadi dosa jika enggan membantu adik-beradik yang malas bekerja dan hanya mengharapkan bantuan, sedangkan kita ada duit simpanan tabung haji? Apakah berkat sekiranya saya ke Mekah kelak? Saya sudah jemu menasihatkan mereka yang malas ini. Adakah Islam mewajibkan memberi bantuan kepada kaum keluarga?

 

Jawapan:

Jangan pandang dari aspek dosa atau pahala, jangan pandang dari aspek wajib, sunat atau harus. Akan tetapi pandanglah dari aspek kenapa Allah mentaqdirkan anda memiliki adik-adik yang malas. Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa menguji semua hamba-Nya dengan cara yang berbeza-beza. Allah sedang menguji anda dengan adik-adik yang malas dan memberi peluang kepada anda untuk bersabar, tidak putus asa memberikan nasihat dan membantu ekonomi mereka. Teruskan memberi nasihat dan membantu ekonomi mereka, nescaya Allah akan melipat gandakan ekonomi anda sendiri.