Soalan:

Apakah salah sekiranya berkahwin dengan lelaki tua sedangkan saya masih muda? Bagaimana hendak dapatkan restu dari kedua-dua belah pihak dan menghadapi pandangan masyarakat?

 

Jawapan:

Ia tidak salah dari sudut hukum agama, hanya ia janggal dari sudut kebiasaan masyarakat. Petua bagi mendapat restu ibubapa kedua-dua pihak terletak pada calon suami. Sebagai bakal pemimpin keluarga, dia perlu berani meyakinkan ibubapa kedua-dua pihak dengan penjelasan yang hikmah dan sikap yang matang. Jika calon suami mampu melakukannya, ibubapa akan merasa tenang dan merestui perkahwinan tersebut.

Adapun masyarakat, jangan melakukan sesuatu untuk memuaskan hati mereka. Ini kerana di kalangan masyarakat ada yang hati mereka bersih dan melihat semua dengan kaca mata yang positif. Sayang sekali jumlah mereka tidak ramai. Pada waktu yang sama, ada yang hati mereka kotor dan melihat semua dengan kaca mata yang negatif. Justeru apa yang penting ialah lakukan apa yang halal di sisi Islam lagi direstui oleh ibubapa.