Soalan:

Kebelakangan ini banyak telekung solat di jual dalam  pelbagai jenis warna dan corak. Malah ada yang berwarna terang. Tidak keterlaluan ada yang menarik perhatian dengan rekaan manik dan sulam. Bagaimana pandangan Islam terhadap isu ini?

 

Jawapan:

Pada asalnya tidak ada pakaian khusus untuk solat bagi wanita seperti telekung. Asalkan sesuatu pakaian itu menutup aurat, maka ia sah digunakan untuk solat. Bahkan pakaian seorang wanita tidak sepatutnya berbeza ketika di dalam solat dan di luar solat.

Telekung berwarna putih ialah budaya di Nusantara. Budaya ini begitu kuat sehingga seseorang itu tidak akan solat jika dia tidak memiliki telekung. Malah akan memandang janggal kepada wanita lain yang bersolat tanpa telekung.

Oleh itu yang benar boleh solat dengan pakaian yang pelbagai warna, corak, manik dan sulaman. Asalkan pakaian tersebut menutup auratnya.