Soalan:

Ketika sedang solat, saya tidak perasan yang rambut saya sedikit terkeluar. Setelah usai solat, saya menghadap cermin dan ternampak beberapa helai rambut keluar dicelah-celah telekung. Adakah saya perlu solat semula atau biarkan saja?

Amirah Amrin, Johor.

Jawapan:

Allah Subhanahu waTa’ala berfirman: Dan kamu tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:05]

Rambut yang terkeluar, sama ada ketika solat atau di luar solat tidak akan mengakibatkan dosa kerana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan. Selain itu solat yang sudah didirikan adalah juga sah dan tidak perlu diulangi kerana ... ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.