Soalan:

Saya memang minat dalam kerja-kerja dakwah terutama melibatkan masyarakat di kawasan pedalaman. Masalahnya ibubapa kurang yakin dengan kebolehan saya dan tidak membenarkan saya menyertai aktiviti dakwah melibatkan kawasan pedalaman. Apa yang patut saya buat ustaz?

Halimah Saad, Pahang.

 

Jawapan:

Jika ibubapa kurang yakin, maka usaha dakwah anda yang pertama ialah berdakwah kepada ibubapa. Berdakwah agar mereka faham bahawa Islam bukan sekadar untuk iman dan amal sendiri, tetapi iman dan amal seluruh manusia.

Adapun usaha dakwah ke kawasan pendalaman, maka ia memang tidak sesuai untuk seorang muslimat. Sebenarnya terdapat banyak ruang dakwah lain yang lebih sesuai, seperti kepada jiran-jiran, rakan sekolah dan rakan kerja.

Satu perkara yang amat penting sebelum berdakwah kepada ibubapa atau jiran-jiran, hendaklah diperhatikan ilmu sendiri. Jangan terikut-ikut dengan kebanyakan jamaah yang hanya menyeru dakwah tetapi mereka tidak mampu membezakan antara hadis sahih dan dha’if, antara pendapat ulama’ yang kuat dan lemah, antara Mazhab asy-Syafi’e dan kebiasaan masyarakat tempatan. Berdakwahlah berdasarkan ilmu, bukan berdasarkan semangat dan jamaah.