Soalan:

Kita sedia maklum bahawa pemakaian loceng kaki ke atas wanita adalah haram kerana boleh mengundang perhatian orang lain. Tetapi bagaimana pula jika memakai loceng kaki kepada anak perempuan berumur tiga tahun atas sebab untuk memantau pergerakannya di rumah?

Siti Asmida, Kelantan.

Jawapan:

Dibolehkan bagi anak perempuan yang belum baligh memakai gelang kaki berloceng. Larangan hanya bagi yang sudah baligh kerana ia akan menarik perhatian lelaki lain. Firman Allah: Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. [al-Nur 24:31]