Isteri: Sampai hati abang mengkhianati saya sehingga mahu bernikah lagi!
Abang tidak malu ke kepada suami-suami lain yang setia kepada isteri mereka?
Suami: Kena semak semula definisi dan ukuran kesetiaan tu.
Bagi kita orang Islam, kesetiaan adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.
Apa yang dihalalkan maka kita ambil, apa yang diharamkan maka kita jauhkan.
Allah dan Rasul-Nya menghalalkan poligami, maka abang mengambilnya.
Isteri: Owh, begitu ke?
Suami: Ya.
Apabila Allah dan Rasul-Nya menghalalkan poligami, apakah bererti Allah dan Rasul-Nya menghalalkan suami mengkhianati isterinya?
Tentu tidak.
Maka ini bukan soal setia atau khianat kepada isteri.
Isteri: Hm....OK.
Jika begitu, abang pastikan kesetiaan ini meliputi semua perkara, bukan sekadar kebolehan berpoligami sahaja.
Suami: Roger.