Nabi membolehkan para sahabat membuat sesuatu ibadah baru kerana pada zaman itu wahyu masih diturunkan, sama ada untuk membenarkan atau menafikan amalan baru tersebut.

---------

Tidak ada bid'ah yang dibuat oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi s.a.w..

Jika ada sahabat yang melakukan sesuatu ibadah tanpa menyandarkannya kepada Nabi, ia bukanlah bid'ah buatan mereka sendiri.

Akan tetapi ia adalah ibadah yang tetap berasal daripada tunjuk ajar Nabi.

Ini sebagaimana seorang anak yang meniru perbuatan ayahnya, dia tidak perlu berkata bagi setiap perbuatan itu, "Ini saya belajar daripada ayah saya".

--------

Kedua-dua kenyataan ini adalah bagi membantah dakwaan sebahagian agamawan yang cuba menjustifikasikan bid'ah dengan berkata,

(1) Nabi pun izinkan para sahabat buat bid'ah!

(2) Para sahabat pun buat ibadah-ibadah sendiri selepas kewafatan Nabi!