Pagi tadi sedang panaskan kuay teow goreng yang saya bawa dari rumah sebagai sarapan.

Entah macam mana, terbalik pula periuk kecil tu.

Kira-kira sepertiga terkeluar bertaburan atas karpet di bilik hotel.

Apa nak buat?

Makan baki dua pertiga yang masih dalam periuk dan buang sepertiga itu?

Atau kutip semua dan makan? Eeee...kotorlah carpet tu!

Kemudian saya teringat pesan Nabi s.a.w. dalam hal ini.

Maka saya masukkan semula sepertiga yang terkeluar itu dalam periuk, panaskan dan makan.

Alhamdulillah :)

 

Hadis yang saya maksudkan, daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ.

Apabila suapan makanan salah seorang di antara kalian jatuh, ambilah kembali lalu buang apa yang kotor daripadanya (seperti debu atau pasir), dan makanlah. Jangan dibiarkannya dimakan syaitan. (Shahih Muslim no.: 3793/1803)

 

PS: Nak ikut sunnah Nabi, ikut semua. Jangan pilih yang disukai saja.