Siapakah lelaki mandul?

Siapakah jaguh gusti?

Cuba banding jawapan kita dengan jawapan Rasulullah.

Ambillah iktibar daripada hadis ini, daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya,

مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ: قُلْنَا الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ. قَالَ: لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا.

“Pada pendapat kalian apakah ciri orang yang mandul?” Kami (para sahabat) menjawab, “Orang yang tidak mempunyai anak.”

Rasulullah menjelaskan, “Bukan begitu, akan tetapi orang yang mandul adalah lelaki yang tidak dapat menonjolkan daripada anaknya apa-apa (kebaikan untuk Islam).”

قَالَ: فَمَا تَعُدُّونَ الصُّرَعَةَ فِيكُمْ؟ قَالَ: قُلْنَا الَّذِي لَا يَصْرَعُهُ الرِّجَالُ. قَالَ: لَيْسَ بِذَلِكَ وَلَكِنَّهُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.

Baginda bertanya lagi, “Pada pendapat kalian apakah ciri seorang jaguh gusti?” Kami menjawab, “Orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain dalam pertarungan gusti.”

Rasulullah menjelaskan, “Bukan begitu, akan tetapi (jaguh gusti) adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

[Shahih Muslim, no.: 4722/2608]