Tazkirah pagi ini adalah firman Allah s.w.t.

 

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, akan digandakan bagi mereka (hartanya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Hadid 57:18)

 

Ayat ini menerangkan:

(1) Keutamaan bersedekah, baik bagi kaum lelaki mahupun kaum perempuan.

(2) Keutamaan membantu orang dengan memberikan pinjaman.

(3) Sesiapa yang membantu orang lain dengan memberi pinjaman, dia sebenarnya memberi pinjaman kepada Allah.

Maka dia mengharapkan pahala, pembayaran balik dan gandaan harta daripada Allah.

**Pinjaman kepada Allah** Ini perkara paling penting saya mahu kongsikan dari ayat di atas.

(4) Pinjaman yang baik (qard hasanah) = pinjaman tanpa riba.

(5) Orang yang melakukan perkara 1 hingga 4 di atas, Allah akan menggandakan hartanya.

(6) Dan akan diberikan ganjaran pahala yang mulia.