Tazkirah pagi ini, firman Allah s.w.t.,

 

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ

مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

 

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi.

(Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,

Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Thalaq 65:12)

--------

Dalam kesibukan urusan harian, kita kadang lupa bahawa "Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi".

Maka dalam ayat di atas Allah memaklumkan dan mengingatkan "supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Oleh itu dalam apa jua urusan, baik besar mahupun kecil, baik penting mahupun remeh, sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah agar kita perolehi apa yang diingini.

Jika berjaya kita sandarkan kepada Allah. Namun jika gagal kita sabar dan cuba reda kerana perancangan Allah jauh lebih baik berbanding kita.

Tidak ketinggalan, hendaklah kita menjauhi semua kesalahan, baik besar mahupun kecil, kerana "Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."