Apakah Tauhid Asma wa Sifat?

Ia adalah keyakinan bahawa Allah memiliki nama-nama dan sifat-sifat sebagaimana yang dikhabarkan oleh-Nya dalam al-Qur'an dan hadis yang sahih.

Nama-nama dan sifat-sifat ini, ciri-ciri atau caranya hanya khas bagi Allah.

Meskipun dari sudut istilah ia sama seperti makhluk, tetapi ciri-ciri atau caranya hanya khas bagi Allah.

Dalam erti kata lain, mentauhidkan Allah dalam asma wa sifat bererti menafikan adanya keserupaan Allah dengan makhluk.

Apakah dalil Tauhid Asma wa Sifat?

Antaranya adalah apa yang biasa kita baca dalam surah al-Fatihah,

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apakah manfaat Tauhid Asma wa Sifat?

Melalui nama-nama dan sifat-sifat tersebut, kita dapat mengenali Allah.

Ini kerana kita memahami maksud nama-nama dan sifat-sifat tersebut.

Hanya ciri dan caranya yang diserahkan kepada Allah.

Melalui tauhid ini juga, tidak akan timbul anggapan bahawa nama dan sifat Allah menyerupai makhluk sehingga ia perlu dinafikan atau diubah (takwil).