Dulu tahun 1989-91 ketika latihan cadet pilot di Malaysian Flying Academy, Melaka, ada seorang rakan kami yang suka habiskan lebihan makanan kami.

Sambil berjenaka, kami menggelar beliau Majlis Perbandaran atau DBKL.

Ketika itu saya tidak tahu tuntutan Islam dalam perkara tersebut lalu turut menggelar beliau DBKL.

Beberapa tahun lepas saya baru mengetahui apa yang beliau lakukan 20 tahun lalu adalah benar, maka saya sendiri sekarang menjadi DBKL juga (ha ha).

------

Pernah terfikir kenapa rezeki tidak diberkati?

Pernah terfikir kenapa banyak bisikan syaitan dalam hati atau fikiran?

Cuba semak etika makan masing masing.

-------

Daripada Anas bin Malik,

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ

قَالَ وَقَالَ إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الْأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا

وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ

وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ قَالَ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمْ الْبَرَكَةُ

 

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila selesai makan, baginda menjilat ketiga-tiga jari tangannya.

Baginda bersabda, "Apabila suapan makanan salah seorang di antara kalian jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah.

Jangan dibiarkannya dimakan syaitan."

Dan baginda menyuruh kami untuk menjilat pinggan. Baginda bersabda, Ini kerana kalian tidak tahu makanan mana yang membawa berkah."

(Shahih Muslim, no. 3795/2034)